Facebook Dan Skype Memperkenalkan Fungsi Panggilan Video

Facebook Dan Skype Memperkenalkan Fungsi Panggilan Video

Diterbitkan pada July 7, 2011 oleh .

Seperti mana yang diura-ura akan sebelum ini, kini Facebook bersama-sama dengan Skype telah pun mengumumkan sokongan untuk membuat panggilan video terus melalui Facebook dengan mudah, sekaligus pada masa yang sama membawakan komunikasi pada Facebook pada suatu tahap yang lebih tinggi lagi.

Melalui kerjasama ini, ianya akan membolehkan para pengguna untuk membuat panggilan video dengan mudah terus kepada rakan-rakan Facebook yang lain, dan semuanya terus melalui pelayar web. Sokongan ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang. Namun begitu, bagi yang tidak sabar menanti, mereka boleh mendapatkannya sekarang dengan melayari halaman rasmi Panggilan Video pada Facebook.

Namun suatu yang amat mendukacitakan adalah dimana ianya tidak menyokong Linux buat masa ini. Para pengguna yang ingin menggunakannya, perlu menggunakan pelayar web Firefox, Chrome, Internet Explorer ataupun Safari, bersama-sama sistem operasi Windows atau Mac untuk menggunakannya.


TIPS & ULASAN