Mark Zuckerberg hari ini mengesahkan yang mana rangkaian sosial paling popular milik beliau, iaitu Facebook telah pun melangkaui lebih daripada 750 juta pengguna seluruh dunia, sekaligus memperlihatkan perkembangan aktif pendaftaran dan penggunaan Facebook akhir-akhir ini.
Sebelum ini, pada bulan Julai yang lepas, Facebook mengumumkan pencapaian sebanyak 500 juta pengguna, dan kini setelah setahun, ianya telah menambah lebih daripada 250 juta pengguna baru padanya. Tambah Zuckerberg lagi, kini para pengguna Facebook berkongsi lebih daripada 4 billion perkara melalui laman sosial tersebut, dan angka tersebut berkembang dari hari ke hari.
Memulakan dengan jumlah pengguna, kemudiannya, Zuckerberg turut memperkenalkan beberapa produk baru daripada Facebook, termasuk fungsi panggilan video dengan kerjasama bersama-sama Skype, serta sokongan sembang berkumpulan pada Facebook Chat.