Dalam usaha untuk menjadikan internet lebih selamat, kini Google telah pun membuang lebih daripada 11 juta subdomain .co.cc daripada hasil carian enjin carian mereka, kerana diperkatakan menawarkan pelbagai perkara yang boleh menjejaskan pengguna, termasuk mengehos malware dan menyediakan laman-laman spam.
Seperti sedia maklum, .co.cc merupakan salah satu penyedia URL untuk para pengguna mendapatkan alamat yang menarik tanpa kos. Namun ianya kelihatan perkara tersebut disalah gunakan, dan membuatkan Google membuangnya daripada hasil carian mereka.
Sehingga kini, ianya dilaporkan yang mana terdapat lebih daripada 11,383,736 nama subdomain .co.cc telah didaftarkan oleh para pengguna, sekaligus menjadikannya salah satu nama suddomain yang popular didunia. Walaubagaimanapun, dengan tindakan Google ini, mungkin angka pengguna yang tertipu dengan laman .co.cc akan berkurangan, disamping menjaga kualiti hasil carian yang dipaparkan kepada pengguna Google.