Cari @ Amanz

Hari ini, Google telah pun melepaskan kemaskini untuk aplikasi Google Maps untuk Android, dimana melalui versi 5.7 yang diperkenalkan, ianya membawakan fungsi baru, iaitu sokongan navigasi transit, yang mana membawakan navigasi menggunakan pengangkutan awam. Namun begitu, seperti kebanyakkan fungsi lain, ianya tidak disokong di Malaysia buat masa ini.

Menariknya mengenai fungsi baru ini adalah, anda boleh tetapkan lokasi destinasi anda, dan sebaik sahaja anda tiba di destinasi, telefon Android anda yang ditetapkan dengan destinasi melalui fungsi navigasi transit itu akan bergegar, dan menyedarkan anda ketibaan di lokasi.

Ini sekaligus mungkin menjadi salah satu fungsi yang diminati ramai, apatah lagi yang gemar menggunakan pengangkutan awam, dan takut tertidur dan terlepas destinasi. Selain daripada itu, melalui Google Maps 5.7, ianya turut membawakan fungsi carian yang diperbaiki, dan juga membawakan akses pantas kepada fungsi navigasi. Tambahan lagi, ianya turut membolehkan para pengguna memuat-turun data peta sesuatu kawasan untuk digunakan diluar talian.

Bagi para pengguna Android 2.1 dan yang terkini, anda boleh memuat-turun Google Maps 5.7 terus daripada Android Market, dan menggunakan beberapa fungsi baru. Sokongan navigasi transit di Malaysia masih lagi tidak diketahui bilakah akan diaktifkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd