Nampaknya, kini setelah membuang sebelum ini, Google memperkenalkan kembali fungsi jemputan pada Google+, membolehkan pengguna sedia ada Google+ menjemput kembali rakan-rakan mereka untuk menyertai rangkaian sosial terbaru daripada Google itu.
Ini juga mungkin cubaan atau ujian Google dalam bersedia untuk melancarkan perkhidmatan mereka dalam bentuk beta terbuka kepada umum tidak lama lagi. Sebelum ini, ianya telah dimaklumkan yang mana Google bakal menukar semua akaun Google Profiles kepada tetapan umum menjelang penghujung bulan ini, dan mungkin kita akan dapat melihat pelancaran Google+ menyusul selepas itu. Sama-sama kita nantikannya.