Seperti yang dinantikan, hari ini P1 telah pun melancarkan pelan jalur-lebar baru mereka. Pelan baru mereka yang dipanggil One Plan itu didatangkan dengan modem bersama sokongan WiFi untuk penggunaan didalam rumah, dan juga sebuah dongle khas untuk menggunakannya diluar rumah, dan ketika melancong dan bekerja diluar.
P1 OnePlan [via]
Seperti yang diperlihatkan, pelan P1 One Plan bermula daripada RM89 untuk penggunaan kuota 5GB, yang mana menawarkan dua peranti untuk kegunaan dalam rumah dan juga ketika bergerak.
Namun begitu, masih tiada sebarang berita berkaitan peranti MiFi daripada P1 buat masa ini.