Cari @ Amanz

Mungkin ada yang sudah ketahui akan UrbanScapes 2011 yang bakal diadakan pada 16 Julai ini, dan ingin menghadirinya. Menariknya, kini khas untuk para pembaca Amanz, pihak UrbanScapes sendiri menawarkan 3 pasang tiket yang mana akan diberikan secara rawak seperti beberapa hadiah sebelum ini.

Untuk menyertainya, para pengguna hanya perlu mengikuti akaun @UrbanScapes dan @amanzmy melalui Twitter, dan seterusnya tweet akan URL artikel ini, dan komen pada artikel ini dengan menyertakan URL tweet anda. Kami seterusnya akan menggunakan Random.org untuk menentukan pemenang sama seperti sebelum ini.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan hanyalah;

  • Ikuti akaun:

  • Tweet akan perkara ini : Menangi Tiket @UrbanScapes 2011 di @amanzmy  http://amanz.my/?p=14437
  • Sertakan URL tweet anda pada bahagian komen artikel blog ini.

Penyertaan ini akan ditamatkan pada 9 Julai, 11.59 malam, dan seterusnya pemenang akan dihubungi melalui emel. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai UrbanScapes, para pengguna boleh melayari laman rasmi mereka, dan ikut pelbagai perkara yang bakal diadakan pada hari tersebut.

Pemenang

12 Julai : Setelah melakukan cabutan menggunakan Random.org, ianya dimenangi oleh Kamal, FauziFatah dan juga NizamGhazi. Mereka akan dihubungi melalui emel dan Twitter. Nantikan cabutan menarik lagi pada minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd