Cari @ Amanz

Setelah melancarkan Tonton pada bulan Ogos tahun lepas, kini perkhidmatan tersebut menghampiri ulang-tahun pertama pelancarannya, dan menariknya kini pihak Tonton memperkenalkan kandungan video berbayar dan eksklusif untuk para penggunanya melalui Tonton.

Kandungan sedia ada akan kekal percuma, dan Tonton akan memperkenalkan kategori baru yang membawakan pelbagai video-video berbayar dan eksklusif untuk para penggunannya, termasuk daripada tempatan dan juga antarabangsa, serta beberapa siri penuh untuk rancangan TV popular.

Untuk permulaan ini, Tonton hanya mengenakan caj sebanyak RM1 untuk satu episod yang mana boleh anda tonton seberapa banyak kali yang anda ingini untuk suatu masa yang terhad (lebih kurang sebulan). Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan berbayar baru daripada Tonton ini daripada halaman rasmi mereka.

Tips awal : Omar

Filem Terhebat tahun ini Nur Kasih The Movie kini secara eksklusif di TonTon! http://bit.ly/nurkasihthemovie http://fb.me/10sNezAJLless than a minute ago via Facebook Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd