Cari @ Amanz

Office 365 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah pelancaran antarabangsa Office 365, hari ini, Microsoft Malaysia telah pun melancarkan perkhidmatan tersebut di Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi pejabat berasaskan awan itu, serta menikmati pelbagai kelebihan yang dibawa olehnya.

Melalui Office 365, ianya disesuaikan untuk setiap penggunaan, dan menariknya para pengguna boleh berkolaborasi pada halaman sama menggunakan khidmat mesej segera yang terbina padanya, dan berkongsi fail dan dokumen pada masa nyata.

Untuk para pengguna atau perniagaan yang berminat, boleh mendapatkannya pada kadar serendah RM18 sebulan, dan mula menikmati aplikasi pejabat atas talian itu melalui sebarang PC yang dilengkapi dengan pelayar web.


Komen ()