Lebih 15 Billion Aplikasi Dimuat-Turun Melalui Apple AppStore

Lebih 15 Billion Aplikasi Dimuat-Turun Melalui Apple AppStore

Diterbitkan pada July 7, 2011 oleh .

Hari ini, Apple telah pun mengeluarkan beberapa statistik semasa berkaitan mereka, dimana kini Apple mengatakan yang mana lebih daripada 15 billion aplikasi telah dimuat-turun melalui AppStore mereka oleh para pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch seluruh dunia.

Pada masa yang sama, Apple turut mengumumkan yang mana kini terdapat lebih daripada 425,000 aplikasi pada AppStore dan lebih daripada 100,000 aplikasi yang dioptimasikan untuk iPad. Pada masa yang sama, pengguna iOS seluruh dunia juga kini melangkaui angka 200 juta pengguna.

Apple sebelum ini telah memperkenalkan AppStore kepada umum tiga tahun yang lalu, dan sehingga kini, ianya telah menjadi suatu perkara yang menarik, dan menjadi bualan ramai pengguna. Mungkin ianya akan terus berkembang dengan lebih menarik dalam bulan-bulan akan datang, apatah lagi dengan iOS 5 yang bakal menjelang tiba.


TIPS & ULASAN