iPhone 6 Bakal Membawakan Cara Baru Untuk Mengecas Telefon?

iPhone 6 Bakal Membawakan Cara Baru Untuk Mengecas Telefon?

Diterbitkan pada July 7, 2011 oleh .

Belum pun generasi iPhone kelima diperlihatkan, kini laporan mengenai generasi keenam iPhone sudah pun mula kedengaran. Ianya diperkatakan kini yang mana iPhone generasi ke enam kelak akan membawakan perubahan besar pada iPhone, dimana diperkatakan akan membawakan cara baru untuk mengecas telefon, serta bakal diperkenalkan pada tahun 2012 kelak.

Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui bagaimanakah cara baru untuk mengecas yang bakal diperkenalkan oleh Apple kelak. Mungkinkah ianya akan memperkenalkan sokongan mengecas tanpa sebarang kabel dan wayar, ataupun sebaliknya? Buat masa ini, perkara ini masih tidak diketahui lagi.

Pada masa yang sama, Wall Street Journal terus memperkatakan yang mana Apple turut sama dalam pembangunan iPhone berkos rendah yang membawakan skrin dari tepi ke tepi.

Pada awal minggu ini, ianya diperkatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan iPhone 5 pada suku ketiga tahun ini yang mana akan membawakan kamera 8-megapixel, serta lebih nipis dan ringan berbanding iPhone sedia ada.


TIPS & ULASAN