Cari @ Amanz

YouTube Menguji Rekabentuk Antaramuka Laman Baru

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya kini YouTube turut sama menguji beberapa perkara baru, termasuk rekabentuk halaman yang baru melalui projek yang dinamakan sebagai CosmicPanda. Melaluinya YouTube menguji pengalaman dan antaramuka baru untuk menonton video, melihat saluran YouTube dan juga list video dengan lebih menarik lagi.

Namun begitu, apa yang menariknya, jikalau dilihat secara kasar, antaramuka baru yang sedang diuji ini menyerupai serba sedikit dengan antaramuka 1Tube.my yang diperkenalkan tempoh hari. Ianya mungkin hanya suatu kebetulan sahaja.

Salah satu perkara menarik yang dilihat pada YouTube CosmicPanda ini adalah dimana ianya membolehkan para pengguna dengan mudah menukar saiz pemain video mereka, selain menjadikannya lebih interaktif berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, ianya mungkin sekadar ujian. Namun apa yang ianya memperlihatkan adalah, yang mana YouTube bakal memperkenalkan antaramuka laman yang baru tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Komen ()