Carian
Halaman Profail Google+ Untuk Jenama Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
July 8, 2011 Aman

Google+ telah pun diperkenalkan sebelum ini, dan ramai pengguna yang telah menggunakannya untuk membina profail untuk jenama, persatuan dan sebagainya. Kini, Google sendiri mengesahkan yang mana mereka bakal memperkenalkan fungsi tersebut tidak lama lagi, dan meminta pengguna menghentikan penggunaan profail individu untuk perkara tersebut.

Menariknya, melalui halaman profail untuk jenama, persatuan dan sebagainya itu kelak, ianya akan membawakan beberapa nilai tambahan, termasuk sokongan statistik, dan kebolehan untuk berhubung dan diintegrasikan bersama identiti Google yang lain, termasuk Google Adwords (dan mungkin Google Apps?).

Pada masa yang sama, Google sendiri telah mula mengemaskini dengan memadam beberapa halaman profail jenama yang telah diaktifkan. Bagi yang ingin menyertai dalam program ujian halaman profail Google+ untuk jenama kelak, anda boleh mendaftarkan minat, dan mungkin Google akan hubungi anda dalam masa terdekat sekiranya anda terpilih.

Komen