Cari @ Amanz

Semalam, Facebook telah pun memperkenalkan beberapa fungsi baru, termasuk fungsi panggilan video dengan kerjasama pihak Skype. Dan menariknya adalah, kini ianya dilaporkan, yang mana bersama-sama dengan pelancaran Facebook Video, Facebook turut sama dalam perancangan untuk memperkenalkan sokongan muzik tidak lama lagi.

Ianya dikenali sebagai Facebook Vibes, dan didapati melalui kod Facebook VideoChat yang lepaskan oleh Facebook semalam. Buat masa ini, info berkaitan perkara ini masih sedikit. Sebelum ini, ianya dilaporkan yang mana Facebook bakal memperkenalkan perkhidmatan muzik dengan bekerjasama bersama-sama dengan beberapa pihak, termasuk Spotify.

Melaluinya, ianya diperkatakan yang mana Facebook bakal membolehkan para pengguna mendengar lagu, serta berkongsi dengar dengan rakan-rakan lain, dimana kotak dialognya bakal didapati bersebelahan dengan kotak Facebook Chat. Namun begitu, tarikh pelancarannya, dan kepastiannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Mungkin kita akan dapat mendengar perkembangan perkara ini dalam masa terdekat kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd