Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Opera 11.50 Swordfish pada minggu lepas yang mana kini telah pun melangkaui lebih daripada 33 juta muat turun, kini pihak pembangunnya, Opera Software telah pun memulakan pembangunan untuk versi seterusnya, iaitu Opera 12, yang mana dikenali dengan nama kod Wahoo.

Buat masa ini, tiada sebarang perubahan yang diperlihatkan, memandangkan masih lagi pada peringkat pra-alpha. Dan informasi berkaitan apa yang bakal dibawakan oleh Opera 12 juga masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, salah satunya semestinya akan berkait rapat dengan projek antaramuka baru mereka dalam menjadikan Opera lebih ringan dan pantas.

Mungkin lebih banyak maklumat lanjut akan diperlihatkan sebaik sahaja ianya melepasi fasa alpha tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd