Cari @ Amanz

Sebelum ini, seperti sedia maklum, kami telah melaporkan yang mana Google bakal menggantikan jenama Blogger dengan Google Blog, dan menariknya, kini melalui fungsi Blogger In Draft, ianya memperlihatkan yang mana perkhidmatan blog percuma daripada Google itu sudah pun mula menguji antaramuka dan rekabentuk yang menyerupai rekabentuk baru Google.com.

Buat masa ini, perkara ini masih lagi dalam ujian, dan hanya diperkenalkan kepada para pengguna Blogger In Draft sahaja. Namun apa yang dilihat, ianya memberikan idea yang mana Google dalam proses untuk memperkenalkan antaramuka yang selari pada produk-produk mereka, dan pada masa yang sama mungkin akan mengintegrasikan fungsi Google+ padanya.

Ianya sebelum ini, diperkatakan yang mana Google bakal mengantikan jenama Blogger dan Picasa dengan penggunaan Google Blog dan Google Photos. Pada masa yang sama, seperti sedia maklum, Google telah memperkatakan yang mana mereka bakal memperkenalkan rekabentuk laman yang baru. Namun apa yang diuji oleh Google sekarang berbeza sedikit dengan apa yang diperlihatkan oleh mereka sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd