Cari @ Amanz

Melalui sebuah tweet yang dihantar sebentar tadi, Mukhriz Mahathir, yang mana juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia mengatakan yang mana antara 3000 hingga 5000 iPad dihantar melalui DHL Malaysia setiap hari.

Perkara ini di tweet oleh beliau ketika suatu lawatan khas ke sebuah fasiliti DHL di Subang. Sehingga kini, kebanyakkan kedai-kedai pengedar rasmi Apple masih mengatakan yang mana mereka masih tidak mempunyai stok untuk iPad 2 disebabkan oleh permintaan yang tinggi. Dan dengan memperlihatkan lebih 3000 iPad dihantar sehari oleh DHL Malaysia, ianya menunjukkan permintaan yang amat tinggi oleh rakyat Malaysia.

Mungkinkah sekiranya sebelum ini, MIMOS memasarkan tablet mereka, ianya akan mendapat sambutan yang lebih luas seperti pada iPad?

DHL Malaysia delivers 3000-5000 iPads a day! http://t.co/SqWpwVPless than a minute ago via Twitter for iPhone Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd