Cari @ Amanz

Pembangunan pelayar web Firefox terus berjalan lancar, dimana kini setiap saluran telah pun diperkemaskini dengan versi baru pelayar web mereka. Bermula minggu ini, Firefox 6 semakin hampiri fasa akhir dengan memasuki fasa beta, manakala Firefox 7 memasuki fasa Aurora.

Bersama-sama dengan pembangunan Firefox 6 dan 7, minggu ini juga menyaksikan Firefox 8 memasuki fasa Nightly, sekaligus sama seperti sebelum ini, 3 versi pembangunan Firefox sedia diuji oleh para pengguna. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui apakah perkara baru yang bakal dibawakan melalui Firefox 8 kelak.

Sebelum ini, pada hujung Jun yang lepas, Mozilla telah pun melepaskan Firefox dan Thunderbird 5 kepada para pengguna, sekaligus menjadi versi pertama yang mengikuti jadual pelepasan baru mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd