Cari @ Amanz

Maxis Turut Sama Menawarkan Sony Ericsson Xperia Play

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada Celcom, kini Maxis turut sama menawarkan telefon pintar Sony Ericsson Xperia Play kepada para penggunanya. Bersama-sama pakej dan pelan Maxis, pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1099 dengan kontrak selama 2 tahun.

Xperia Play merupakan peranti Android pertama yang mendapat pengesahan PlayStation, yang mana membawakan kawalan dan sokongan grafik yang menarik untuk menikmati permainan pada telefon pintar. Xperia Play turut sama membawakan skrin seluas 4.1-inch, dengan kamera 5.1 megapixel. Dan menariknya, ianya turut didatangkan bersama-sama dengan 6 permainan sedia terpasang, membolehkan anda menikmatinya sebaik sahaja membeli peranti tersebut.

Selain daripada Maxis, Celcom turut menawarkan peranti yang serupa pada harga serendah RM848, tetapi dengan komitmen bulanan yang berbeza dengan Maxis.


Komen ()