Cari @ Amanz

Nokia X7 Mula Dijual Oleh DiGi Pada Harga Serendah RM799

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah mengumumkan Nokia X7 sebelum ini pada bulan Mei, kini peranti tersebut telah pun mula dijual di Malaysia, dimana turut sama ditawarkan bersama-sama dengan DiGi. Nokia X7 yang turut didatangkan bersama-sama Symbian Anna itu dijual dipasaran Malaysia pada harga RM1360 sahaja.

Melalui DiGi, peranti tersebut ditawarkan pada harga serendah RM799 dengan kontrak selama 24 bulan. Namun begitu, ianya tidak begitu pasti samaada syarikat telekomunikasi lain akan turut sama menawarkannya ataupun ianya hanya eksklusif untuk DiGi sahaja.

Melalui Nokia X7, ianya membawakan sistem operasi Symbian terkini, iaitu Symbian Anna, dengan kamera 8 megapixel. Para pengguna yang berminat juga boleh menghadiri booth khas DiGi di Sunway Pyramid dan beberapa lokasi lain untuk mendapatkannya pada harga yang lebih murah.


Komen ()