MalaysiaKini Diserang DDOS Sejak Pukul 5 Petang

MalaysiaKini Diserang DDOS Sejak Pukul 5 Petang

Diterbitkan pada July 8, 2011 oleh .

Akhir-akhir ini aktiviti serangan DDoS terhadap pelayan-pelayan tempatan kerap berlaku, dan kini ianya dilaporkan yang mana pelayan untuk laman web berita terkemuka, MalaysiaKini diserang sejak daripada pukul 5 petang tadi, dan pihak mereka masih bertahan ke atas serangan yang dilakukan.

Menurut pihak MalaysiaKini, serangan pertama yang dilakukan adalah lebih kurang sama seperti ketika bulan April yang lalu. Ketika itu, MalaysiaKini turut sama menjadi mangsa DDoS, dimana mereka terpaksa menggunakan Facebook dan WordPress.com untuk terus beroperasi sementara menunggu pelayan mereka kembali pulih.

Namun begitu, buat masa ini, mereka masih dapat bertahan, dan ianya tidak diketahui sampai bilakah mereka dapat mengatasi serangan ini.

Malaysiakini servers have come under attack since 5pm. Still holding up!less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN