Firefox 7 Aurora Untuk Android Dan Maemo Diperkenalkan

Firefox 7 Aurora Untuk Android Dan Maemo Diperkenalkan

Diterbitkan pada July 8, 2011 oleh .

Selain daripada versi desktop, kini Mozilla turut sama memperkenalkan versi Aurora untuk pengguna pelayar web mudah-alih mereka pada platform Android dan juga Maemo, dimana kini para pengguna yang berminat boleh memuat-turun aplikasi tersebut, dan mencubanya terlebih dahulu sebelum ianya dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui Firefox 7 Aurora untuk pengguna Android dan Maemo, ianya membawakan pelayar web yang lebih pantas, serta mengoptimasikan penggunaan memorinya. Pada masa yang sama, pemilihan teks juga dipermudahkan, dan pilihan “Quit” turut ditambah memudahkan pengguna untuk keluar dengan pantas daripada pelayar web tersebut.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turunnya melalui pelayan FTP Mozilla, dan mencubanya terlebih dahulu, sebelum ianya dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN