Hisham : Kerajaan Tidak Akan Menutup Internet

Diterbitkan pada July 8, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada semalam yang mengatakan berkemungkinan berlaku gangguan internet pada hari ini dan esok untuk melayari laman-laman sosial, kini, Hishammuddin Hussein mengatakan yang mana kerajaan tidak bercadang untuk menutup internet, apatah lagi menganggu perkhidmatan internet.

Pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri ini sekaligus mungkin menamatkan segala spekulasi yang melanda sepanjang hari semalam. Namun begitu, hendaklah diambil perhatian yang mana TM turut sama sedang melakukan penaik-tarafan perkhidmatan mereka dibeberapa lokasi, dan anda boleh menyemak lokasi anda terlibat atau tidak melalui jadual rasmi yang dikeluarkan oleh mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami