Pengguna Aktif Android Yang Menggunakan Android 2.3 Meningkat Ke-19%

Pengguna Aktif Android Yang Menggunakan Android 2.3 Meningkat Ke-19%

Diterbitkan pada July 8, 2011 oleh .

Melalui data terkini yang dikeluarkan oleh pembangun Android, ianya menunjukkan yang mana masih hampir 60% daripada peranti Android yang digunakan oleh para pengguna sekarang masih menggunakan Android 2.2, manakala angka penggunaan Android 2.3 telah meningkat kepada hampir 19%.

Walaubagaimanapun, apa yang menariknya adalah peningkatan positif dari segi pengguna yang menaik-taraf kepada Android Gingerbread. Sebelum ini, pada bulan lepas, angka pengguna aktif Android 2.3 hanya sekitar 9% sahaja.

Melalui data yang dikeluarkan oleh Google ini membolehkan para pembangun untuk mengoptimasikan aplikasi mereka untuk menepati pengguna aktif berasaskan versi Android yang digunakan mereka.


TIPS & ULASAN