Facebook Menguji Penonton Gambar Yang Lebih Interaktif

Facebook Menguji Penonton Gambar Yang Lebih Interaktif

Diterbitkan pada July 9, 2011 oleh .

Sama seperti Google, Facebook juga sering menguji pelbagai fungsi baru pada segelintir pengguna pada sesuatu masa. Dan kini, ianya dilihat yang mana Facebook mula menguji fungsi memperlihatkan gambar serba baru dan kemas, dengan beberapa fungsi tambahan berbanding apa yang terdapat sekarang ini.

Melalui yang baru ini, Facebook menggunakan warna latar putih-kelabu, mengantikan warna latar hitam yang digunakan sekarang ini. Selain daripada itu, ianya turut sama didatangkan dengan fungsi untuk memusingkan gambar, sama seperti yang terdapat pada aplikasi desktop, serta pada masa yang sama memudahkan para pengguna untuk memutarkan gambar mengikut paparan yang dikehendaki mereka.

Buat masa ini, fungsi ini telah diuji untuk beberapa bulan yang mana melibatkan segelintir kecil pengguna Facebook. Namun begitu, ianya tidak diketahui samada adakah ianya akan diperkenalkan kepada umum ataupun hanya sekadar ujian sahaja.

Terima kasih Andy dan Iriaysuq melalui AmanzNetwork


TIPS & ULASAN