Kini, hampir semua blog dan laman menyertakan butang-butang sosial seperti Facebook Like, Google +1, dan Twitter, dan menariknya, syarikat BrightEdge telah pun membuat kajian penggunaan butang-butang sosial ini pada web, dan telah pun mengeluarkan laporan ringkas berkaitan dengan perkara ini.
Melalui laporan yang dikeluarkan, seperti sedia maklum, butang sosial yang paling popular digunakan adalah Facebook Like. Namun begitu, menariknya melalui data tersebut, memperlihatkan adalah dimana para pengguna lebih gemar menggunakan butang Google +1 berbanding Twitter, dan penggunaan Google +1 juga meningkat lebih pantas berbanding butang Twitter.
Selain daripada penggunaan butang sosial, BrightEdge turut mengeluarkan laporan mengenai paparan pautan ke laman sosial pada halaman utama sesuatu web ataupun blog. Seperti sedia maklum, ianya didahului dengan Facebook dan Twitter (seperti pada laman Amanz ini). Pada masa yang sama, ianya dilihat yang mana pautan ke halaman YouTube semakin berkurangan. Namun mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, laporan ini mungkin berubah dengan penambahan Google+ padanya.
Jadi, apa kata anda mengenai laporan ini?