Carian
iPod Touch Generasi Baru Akan Membawakan Sokongan 3G?
July 9, 2011 Aman

Selain daripada ura-ura berkaitan generasi baru iPad dan iPhone yang diperkatakan sebelum ini, kini ura-ura berkaitan iPod generasi baru turut sama diperkatakan. Kini ianya diperkatakan yang mana generasi baru iPod itu kelak akan membawakan sokongan 3G padanya, selain daripada sokongan WiFi yang sedia ada.

Ianya diperkatakan fungsi 3G pada generasi baru iPod itu kelak akan berfungsi sama seperti yang terdapat pada iPad, yang mana lebih ditumpukan kepada penggunaan data dan bukannya suara.

Walaubagaimanapun, sekiranya perkara ini adalah benar, berkemungkinan ianya akan memberi kesan secara tak langsung kepada penggunaan iPhone, memandangkan, kini dengan beberapa aplikasi, seperti Skype, Yes Life dan lain-lain, para pengguna boleh mengubahnya menjadi telefon dan menggunakannya untuk panggilan suara dengan mudah dan pantas.

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pengumumannya dalam masa beberapa bulan lagi.

Komen