Cari @ Amanz

Setelah melepaskan Firefox 7 Aurora kepada para pengguna Android dan Maemo, hari ini Mozilla turut sama telah melepaskan lagi satu versi pembangunan untuk Firefox, iaitu Firefox 6 Beta untuk Android. Melalui versi pembangunan Firefox 6 Beta ini, ianya menggunakan memori yang sedikit berbanding sebelum, serta mempunyai masa permulaan yang lebih pantas.

Firefox 6 Beta untuk Android juga turut sama dioptimasikan untuk para pengguna skrin besar, terutamanya tablet yang menggunakan Android. Selain itu, Mozilla turut mengatakan yang mana pengguna Android Gingerbread akan menikmati antaramuka baru untuk pelayar web tersebut.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Firefox 6 Beta terus daripada Android Market, dan mengujinya terlebih dahulu sementara versi akhirnya yang masih dalam pembangunan itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd