Selain daripada Firefox 6 Beta untuk Android, Mozilla juga turut sama telah mengeluarkan Firefox 6 Beta untuk para pengguna desktop. Beberapa hari sebelum ini Mozilla turut telah mengeluarkan Firefox 7 Aurora dan juga Firefox 8 Nightly untuk para pengguna desktop.
Firefox 6 kelak dijangka akan dilepaskan dalam masa beberapa minggu lagi, iaitu pada awal bulan Ogos kelak. Salah satu perkara baru yang dibawakan oleh Firefox 6 Beta adalah pengurus add-on yang dipertingkatkan, dimana ianya kini menyemak plugin untuk versi baru secara automatik, sekaligus memastikan anda sentiasa menggunakan versi barunya.
Firefox 6 Beta juga turut sama meningkatkan lagi prestasi pelayar web tersebut, dan menggunakan memori dengan lebih efisyen lagi bebanding sebelumnya. Dan bagi para pembangun, menu Web Developer membawakan pelbagai aplikasi tambahan untuk pelayar web tersebut.
Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 6 Beta untuk Windows, Linux dan juga Mac OS X dan mula menguji fungsi-fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.