Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan perkhidmatan mereka pada bulan April yang lepas, kini Salamfone turut sama menyediakan perkhidmatan internet mereka, dimana mereka memperkenalkan dua pakej, iaitu untuk pengguna telefon pintar dan juga untuk para pengguna yang hanya inginkan pelan data sahaja.

Walaubagaimanapun, harga untuk kedua-dua pakej itu adalah serupa, dimana untuk sebulan, mereka menawarkan penggunaan sebanyak 1GB data pada gara hanya RM38 sahaja. Selain daripada itu, untuk pengguna peranti pintar, mereka boleh melanggan pakej harian pada harga RM5 untuk 100MB, atau mingguan 200MB pada harga RM10 atau pun pelan mingguan dengan penggunaan data tinggi, iaitu RM20 untuk 500MB.

Harga untuk penggunaan kuota tambahan masih tidak diketahui buat masa ini.

Tips daripada Omar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd