Cari @ Amanz

Sebelum ini, mungkin anda semua sudah membaca mengenai laporan mengenai Google ingin menjenamakan Blogger kepada Google Blogs. Hari ini, melalui suatu sumber rapat Blogger, ianya diperkatakan buat masa ini, Google masih tiada sebarang perancangan untuk membuang jenama Blogger.

Beberapa hari sebelum ini, ianya mula diperkatakan yang mana Google akan menjenamakan semula dua produk popular mereka, iaitu Blogger dan Picasa dengan mengantikannya kepada Google Blogs dan juga Google Photos, sekaligus memudahkan integrasi bersama Google+, selain menggunakan jenama Google pada semua produk mereka.

Antaramuka Baru Blogger

Walaubagaimanapun, Google masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi untuk kedua-dua laporan dan ura-ura ini buat masa ini. Namun begitu, melalui kemaskini antaramuka terkini, Google memperlihatkan penggunaan antaramuka yang lebih kurang menyerupai antaramuka Google baru pada Blogger. Walauapapun, sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd