Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan FongFeiKei yang pernah kami tulis sebelum ini? Nampaknya kini perkhidmatan tersebut telah pun dibuka untuk pendaftaran, dan membolehkan para pengguna dengan mudah menggunakan perkhidmatan mereka, sekaligus menjadi tempat utama untuk menjual tiket anda, serta mencari tiket yang dijual oleh yang lain.

Secara ringkasnya, FongFeiKei membolehkan anda menjual tiket-tiket yang tidak digunakan oleh anda dengan mudah, sekaligus tidak membazirkannya sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri ke sesuatu acara atau tayangan yang telah anda beli tiketnya. Selain daripada itu, ianya juga membolehkan para pengguna yang inginkan sesuatu tiket itu, menghantar permintaan, dan sebaik sahaja seseorang menghantar tiket jualan untuk perkara sama, ianya akan menghubungkan kedua-dua pihak dengan mudah.

Buat masa ini, perkhidmatan dan laman mereka itu masih lagi pada peringkat percubaan, dan mungkin pembukaan pendaftaran ini adalah hanya untuk sementara waktu sahaja, dan sekadar ujian. Mungkin anda boleh mencubanya, sementara ianya boleh digunakan, sebelum ianya ditutup kembali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd