Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan 12 Designs Project yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini? Nampaknya ianya akan kembali beroperasi seperti sedia kala dengan perancangan dan konsep yang baru tidak lama lagi. Bagi yang tidak kenali 12 Designs Project, ianya merupakan salah satu projek memperkenalkan sebuah tema minimalis baru setiap bulan untuk para pengguna WordPress.

12 Designs Project

Projek ini dibangunkan oleh pemilik InfoMalaya, yang mana juga merupakan pemilik MentariWorks. Sehingga kini, sebuah tema telah dilancarkan, dan tema kedua telah diperlihatkan, namun tidak sempat dilancarkan, sebelum projek tersebut ditangguhkan sementara.

Kini, mungkin projek tersebut bakal dilancarkan semula tidak lama lagi, dan para pengguna boleh mengikuti perkembangannya terus melalui Twitter @12Designs. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjutnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd