Carian
Apa Kata Anda Mengenai Google+?
July 10, 2011 Aman

Baru sahaja beberapa minggu Google memulakan perkhidmatan rangkaian sosial mereka dalam beta tertutup, ianya kini telah menjadi salah satu fenomena dimana ramai yang mula bercakap mengenainya. Sehingga kini mungkin sudah terdapat jutaan pengguna menggunakannya, dengan angka tersebut meningkat naik dari hari ke hari, dan cara Google+ mengendalikan privasi dipuji oleh ramai pihak.

Pada masa yang sama, tidak kurang juga beberapa pengguna yang sudah merancang untuk memadam akaun Facebook mereka dan berpindah terus ke Google+ sebaik sahaj perkhidmatan tersebut dibuka kepada ramai tidak lama lagi. Malah, dengan adanya fungsi Circles pada Google+, ramai yang tidak risau akan perkara yang mereka kongsikan, memandangkan mereka boleh memilih rakan-rakan dan kumpulan yang mereka ingin kongsi akan sesuatu perkara. Mereka juga tidak perlu risau akan samada terdapat sebarang ahli keluarga mereka mengikuti mereka ataupun sebaliknya.

Masalah Yang Dihadapi

Sehingga kini, tiada sebarang masalah dihadapi oleh pihak Google dan tiada sebarang komen negatif diterima. Kebanyakkan yang komen, hanyalah sedih dengan sistem jemputan daripada Google, dimana walaupun mereka menerima jemputan, mereka masih tidak dapat akses Google+. Perkara ini mungkin kerana Google Profiles mereka tidak di buat sebagai umum, ataupun dibawah umur, ataupun beberapa perkara lain lagi.

Pada masa yang sama, hari ini muncul masalah pada pelayan Google+, dimana beberapa notifikasi dihantar lebih daripada sekali. Namun, Google dengan pantas telah meminta maaf berkenaan perkara tersebut. Tambahan lagi, perkara seperti ini mungkin sudah dijangka, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta tertutup.

Bolehkah Google+ Berjaya

Sebuah perkara yang sering ditanya oleh pengguna rangkaian sosial yang lain adalah adakah Google+ akan berjaya. Berbeza dengan produk-produk Google sebelum ini, Google+ dilihat sedikit berbeza, dan para pengguna dilihat amat menyukainya.

Tambahan lagi, dengan pelbagai fungsi tambahan menarik, serta kawalan privasi ramai yang menyukainya. Mungkin juga kelak Google akan mengintegrasikannya pada Android. Kini, mungkin ramai yang perasan ketika pengaktifan peranti Android, anda boleh menyertakan akaun Google anda, dan dengan seharian terdapat lebih daripada 500,000 peranti Android diaktifkan, mungkin Google+ akan menjadi salah satu rangkaian sosial yang berjaya.

Namun perkara ini masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin akan mengambil masa untuk berjaya sepenuhnya.

Apakah Yang Dinantikan Melalui Google+

Mungkin dalam minggu-minggu akan datang, lebih banyak fungsi baru akan diperkenalkan, selain produk-produk Google yang lain turut disertakan dan diintegrasikan bersama-sama dengannya. Akaun untuk jenama dan perniagaan juga turut dinantikan, dan akan dilihat bagaimanakah ianya membawakan perbezaan berbanding Facebook Pages.

Selain daripada itu, salah satu perkara yang amat dinantikan adalah bagaimana Google+ akan mengintegrasikan iklan padanya. Memandangkan Google menjana kebanyakkan daripada pendapatan mereka melalui iklan, ianya adalah salah satu perkara yang dinantikan, berkenaan integrasi iklan pada rangkaian sosial mereka. Namun persoalannya adalah bagaimana Google+ akan mengintegrasikannya tanpa mendapat maklumbalas negatif daripada para pengguna.

Apa Kata Anda Mengenai Google+?

Komen