Cari @ Amanz

Selain daripada mengumumkan yang mana bilangan blog berdaftar pada WordPress.com telah melangkaui angka 50 juta, Matt Mullenweg turut sama mengumumkan yang mana mereka menerima secara purata hampir 35,000 pendaftaran baru setiap hari untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Namun begitu, amat mendukacitakan, dimana hampir 85% daripada pendaftar baru itu, berhenti untuk menulis dalam tempoh 30 hari sejak mendaftarkan blog mereka. Untuk mengatasi perkara tersebut, pembangun WordPress sedang mencuba beberapa perkara.

Pada masa yang sama, Matt turut mengatakan yang mana berkemungkinan mereka tidak mengetahui yang mana mereka sedang mendaftarkan diri untuk blog dan sebagainya. Matt turut mengatakan yang mana mereka bakal memperkenalkan beberapa perubahan pada laman WordPress.com tidak lama lagi, serta turut menyertakan beberapa elemen sosial padanya.

Melalui Alexa, WordPress.com menduduki tangga ke-12 dalam laman yang paling kerap dilawati oleh pengguna tempatan, serta memperlihatkan yang mana ianya turut menjadi pilihan popular selain Blogger untuk menulis blog.

Kamera Oleh @mburpee

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd