Mango Turut Membolehkan Melihat Pesanan Suara Secara Visual

Mango Turut Membolehkan Melihat Pesanan Suara Secara Visual

Diterbitkan pada July 11, 2011 oleh .

Selain beberapa fungsi yang pernah diperlihatkan sebelum ini, kini ianya turut diperlihatkan yang mana Windows Phone Mango turut akan menyertakan sokongan untuk melihat pesanan suara secara visual dengan mudah, sekaligus memudahkan pengguna untuk mendengar dan melihat pesanan suara yang ditinggalkan untuk mereka.

Fungsi seumpamanya sudah pun terdapat pada beberapa platform, termasuk iOS dan juga Android, dan kini ianya turut sama nampaknya akan diperkenalkan pada Windows Phone Mango. Selain daripada fungsi ini, Microsoft juga turut sama membawakan lebih daripada 500 fungsi baru melalui Windows Phone Mango yang mana bakal dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN