Transaksi Bernilai Lebih RM10 Juta Berlaku Melalui Lelong.my Setiap Bulan

Transaksi Bernilai Lebih RM10 Juta Berlaku Melalui Lelong.my Setiap Bulan

Diterbitkan pada July 11, 2011 oleh .

Salah satu laman jual beli yang amat popular di Malaysia adalah Lelong.my, dan kini melalui kemaskini halaman mereka, Lelong.my memperlihatkan yang mana melalui laman web mereka itu, transaksi bernilai lebih daripada RM10 juta berlaku setiap bulan. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana jual beli secara atas talian kini mula diterima oleh ramai pengguna internet Malaysia.

Lelong.my juga kini diperkatakan mempunyai lebih daripada 700,000 pengguna berdaftar, dan terdapat lebih daripada 2000 kedai atas talian yang menggunakan Lelong.my. Ianya juga turut diperlihatkan yang mana melalui Lelong, lebih daripada 100,000 jualan berlaku setiap hari.

Sebelum ini, ianya diketahui yang mana Lelong bakal mengadakan sebuah acara khas, iaitu pameran pertama untuk kedai atas talian dan ecommerce di Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi. Mungkin lebih banyak maklumat berkaitan akan diumumkan oleh mereka ketika acara tersebut. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN