Cari @ Amanz

Lelong.my Bakal Memperkenalkan Fungsi Permesejan Pantas

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada memperlihatkan angka transaksi dan jumlah angka pengguna mereka, Lelong juga turut sama mengumumkan beberapa fungsi baru yang bakal disertakan kepada pengguna dan penjual di laman mereka, dan salah satunya adalah sokongan sembang masa-nyata dan juga permesejan ringkas, membolehkan kedua-dua pihak berinteraksi dengan mudah dan pantas.

Pada masa yang sama, dalam ikon yang diperlihatkan mereka, ianya turut sama memperlihatkan rakaman video, menunjukkan yang mana berkemungkinan Lelong turut akan memperkenalkan sokongan sembang video pada laman mereka, membolehkan para pengguna mendapat lebih keyakinan untuk membeli sesuatu produk.

Beberapa fungsi tambahan yang lain, turut serta adalah kebolehan untuk memilih warna dan saiz, serta mengoptimasikan kedai atas talian mereka untuk enjin carian. Buat masa ini, tarikh pasti pelancaran dan pengenalan fungsi-fungsi ini masih lagi belum diketahui lagi.


Komen ()