1Tube Mula Menawarkan Ganjaran Untuk Menarik Pengunjung

1Tube Mula Menawarkan Ganjaran Untuk Menarik Pengunjung

Diterbitkan pada July 11, 2011 oleh .

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kini 1Tube.my memperkenalkan sebuah program baru, dipanggil sebagai Channel Member Program, dimana melaluinya para pengguna 1Tube yang mempromosikan beberapa video terpilih pada 1Tube.my akan menerima ganjaran dalam bentuk wang tunai dan juga hadiah.

Untuk menyertainya, para pengguna hanya perlu berdaftar pada laman 1Tube.my, dan berkongsi video yang terpilih itu bersama rakan-rakan yang lain, dan setiap pengunjung unik melalui pautan khas yang disediakan itu akan ditawarkan ganjaran.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi samar-samar samada adakah pemilik video tersebut akan mendapat bayaran untuk membuat video tajaan dan sebagainya.


TIPS & ULASAN