Aplikasi Mudah-Alih WordPress Telah Dimuat-Turun Lebih 2.4 Juta Kali

Aplikasi Mudah-Alih WordPress Telah Dimuat-Turun Lebih 2.4 Juta Kali

Diterbitkan pada July 11, 2011 oleh .

Selain beerkongsi statistik semasa berkaitan WordPress, Matt Mullenweg turut sama berkongsi akan statistik penggunaan aplikasi mudah-alih untuk mengemaskini blog WordPress. Menurut Matt, kini lebih daripada 2.4 juta pengguna telah memuat-turun dan menggunakan aplikasi WordPress mudah-alih.

Seperti sedia maklum, pihak pembangun WordPress sendiri menyediakan aplikasi WordPress untuk pelbagai platform termasuk iOS, Android, Symbian, BlackBerry dan juga Windows Phone 7. Ianya juga membawakan persekitaran WordPress menarik untuk skrin kecil, selain pada masa yang sama memudahkan pengguna untuk menyemak dan mengemaskini blog mereka dengan mudah dan pantas melalui peranti mudah-alih.


Matt Pada WordCamp [via]

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun aplikasi mudah-alih WordPress yang didatangkan untuk pelbagai platform, dan menggunakannya dalam mengemaskini dan menyemak blog masing-masing, samada pada WordPress.com mahupun pada pemasangan sendiri.


TIPS & ULASAN