Kini Google Tidak Lagi Menyembunyikan Butang Jemputan Pada Google+

Kini Google Tidak Lagi Menyembunyikan Butang Jemputan Pada Google+

Diterbitkan pada July 11, 2011 oleh .

Nampaknya, tidak lagi seperti dulu, kini butang jemputan pada Google+ tidak lagi disembunyikan oleh Google, sebaliknya telah mula diperlihatkan sepanjang hari, membolehkan para pengguna menjemput rakan-rakan mereka yang lain menyertai rangkaian sosial baru daripada Google itu.

Sebelum ini, Google hanya memperlihatkan butang jemputan pada Google+ hanya seminggu sekali, dan kemudiannya memperlihatkannya hanya beberapa jam sahaja sehari. Namun begitu, sepanjang hari sejak semalam, ianya kelihatan butang jemputan Google+ tidak lagi dihilangkan, sebaliknya diperlihatkan sepanjang masa.

Mungkin Google telah mula yakin dengan perkhidmatan mereka, disamping bersedia untuk menerima bilangan pengguna dalam angka yang besar kepada perkhidmatan mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN