Tonton Bakal Memperkenalkan Sokongan Untuk BlackBerry Dan Windows Phone

Tonton Bakal Memperkenalkan Sokongan Untuk BlackBerry Dan Windows Phone

Diterbitkan pada July 11, 2011 oleh .

Kini, sudah hampir sebulan sejak Tonton.com.my menawarkan sokongan untuk para pengguna iPad dengan membawakan semua pengguna iPad kepada halaman khas untuk menonton video pada Tonton.com.my. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui samada adakah mereka akan memperkenalkan sokongan aplikasi ataupun hanya akan menawarkan aplikasi berasaskan web sahaja buat masa ini.

Selain sokongan untuk iPad, Tonton juga turut sama menyokong Android dan peranti iOS lain melalui halaman mudah-alih mereka. Pada masa yang sama, mereka turut menjanjikan yang mana mereka bakal memperkenalkan sokongan untuk BlackBerry dan Windows Phone tidak lama lagi.

Buat masa ini, kami masih tidak mencuba lagi Tonton pada iPad, dan ianya tidak diketahui samada adakah mereka menggunakan HTML5 untuk menjayakannya ataupun bagaimana. Sekiranya anda pernah mengujinya pada iPad, mari berkongsi berkenaan dengannya melalui kotak komen dibawah.


TIPS & ULASAN