Firefox 8 Nightly Pantas Lebih 20% Berbanding Firefox 5

Firefox 8 Nightly Pantas Lebih 20% Berbanding Firefox 5

Diterbitkan pada July 11, 2011 oleh .

Firefox 8 baru sahaja dimulakan pembangunannya dan masih lagi pada saluran Nightly, namun begitu, ianya telah menunjukkan perkembangan yang menarik. Kini, ianya diperkatakan yang mana Firefox 8 berfungsi lebih 20% pantas berbanding Firefox 5 dari segi permulaan pelayar web, penggunaan JavaScript dan juga rendering.

Selain daripada itu, Firefox 7 diperkatakan akan membawakan pengurangan pada kadar penggunaan memori, dan ianya semestinya akan dinaik-taraf pada Firefox 8, sekaligus membawakan perkembangan yang lebih menarik pada pelayar web Firefox 8 kelak.

Nampaknya, dengan pengenalan pembangunan yang lebih pantas oleh Mozilla, ianya kini membawakan penambah-baikkan pada pelayar web mereka lebih pantas, dan mungkin ini akan dapat mengembalikan semula para pengguna mereka yang pernah kehilangan sebelum ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN