Twitter Kini Mempunyai Lebih 1 Juta Aplikasi Berdaftar

Twitter Kini Mempunyai Lebih 1 Juta Aplikasi Berdaftar

Diterbitkan pada July 12, 2011 oleh .

Selain daripada penambahan pengguna dari hari ke hari, kini Twitter turut sama mengumumkan bilangan aplikasi mereka, dimana ianya secara rasminya telah melangkaui lebih daripada 1 juta aplikasi yang didaftarkan bersama-sama Twitter, yang mana dibangunkan oleh lebih daripada 750,000 pembangun dari seluruh dunia.

Ianya juga memperlihatkan peningkatan sekitar satu aplikasi setiap 1.5 saat, memperlihatkan yang mana ramai pembangun yang gemar membangunkan aplikasi dengan mengintegrasikan Twitter padanya. Menariknya adalah dimana setahun yang lalu, bilangan aplikasi berdaftar dengan Twitter hanya sekitar 150,000 aplikasi sahaja.

Di Malaysia sahaja, beberapa pembangun turut menyertakan Twitter dan sokongannya pada aplikasi yang dibina oleh mereka, termasuk oleh pembangun GengBlogger melalui laman mereka SelangorBloggers dan beberapa yang lain, dan juga 1Tube.my yang mana turut mengintegrasikan Twitter pada laman mereka.

Selain daripada pengumuman pencapaian terbaru mereka itu, Twitter turut sama memperkenalkan laman pembangun Twitter yang serba baru, menawarkan pelbagai informasi dan kemudahan untuk para pembangun membangunkan aplikasi dan bertukar idea dengan mudah.


TIPS & ULASAN