Kini, Google terus menambah syarikat dibawah portfolio mereka, dimana terkini mereka mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih syarikat Punchd, dimana melalui pembeliannya, Google mengambil-alih teknologinya, dan mungkin disertakan pada Google Wallet, serta pembangunnya yang kini akan bekerja untuk Google.
Punchd secara ringkasnya merupakan aplikasi mudah-alih yang menawarkan ganjaran serupa seperti apa yang ditawarkan oleh Bonuslink dan RealRewards, tetapi didalam bentuk digital. Melaluinya, para penyedia perkhidmatan, dan produk boleh menawarkan ganjaran kepada pengguna mereka dengan mudah dan pantas, serta menguruskannya secara atas talian.
Harga pengambil-alihannya masih tidak diketahui buat masa ini, dan ianya dikatakan yang mana pembangun Punchd akan terus membangunkan aplikasi tersebut didalam Google, dan bukannya pada produk lain, sekaligus memperlihatkan yang mana Google mungkin akan memperkenalkan produk seumpamanya tidak lama lagi, selain daripada Google Offers dan juga Google Wallet.