Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Microsoft kini dalam proses menjadikan antaramuka pelbagai aplikasi mereka serasi pada semua platform, dan setelah memperlihatkan penggunaan antaramuka Metro pada Office 15, kini melalui persembahan yang dilakukan oleh Steve Ballmer, ianya turut memperlihatkan yang mana PowerPoint kelak akan turut menyokong LiveTiles padanya.

Microsoft kini dalam proses membangunkan Office 15, yang mana sebelum ini menunjukkan penambahan aplikasi Moorea padanya, dan kini ianya turut sama memperlihatkan yang mana PowerPoint bakal menyokong LiveTiles, sekaligus menjadikan persembahan lebih menarik berbanding sebelumnya. Ianya diperkatakan yang mana Office 15 kelak akan dilancarkan sebelum penghujung tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd