Seperti sedia maklum, pada bulan lepas Everyday.com.my, salah satu laman terkemuka yang menawarkan tawaran harian dan diskaun kepada para pengguna telah diambil-alih oleh salah satu syarikat dari Korea Selatan, iaitu Ticket Monster. Kini, melalui suatu wawancara bersama pihak The Star, mereka memperlihatkan sasaran untuk tahun ini.
Wang dan Kang memperlihatkan laman Everyday.com.my [via]
Buat masa ini, Everyday.com.my memiliki sebanyak lebih kurang 400,000 orang pengguna di Malaysia, yang mana merangkumi lebih kurang 20% pegangan pasaran industri tawaran harian. Namun begitu, menjelang penghujung tahun ini, pihak Everyday.com.my ingin memperluaskan dan menambah bilangan pengguna mereka lebih kurang dua kali ganda daripada sedia ada.
Pada masa yang sama, mereka mensasarkan untuk menjana lebih kurang RM10 juta melalui perkhidmatan mereka, serta memperkenalkan perkhidmatan mereka di kesemua bandar utama di setiap negeri di Malaysia. Buat masa ini, Everyday.com.my hanya ditawarkan kepada para pengguna Selangor, Pulau Pinang dan Johor sahaja.