Cari @ Amanz

Ingatkah lagi mengenai aplikasi Photovine daripada Google yang dinantikan sebelum ini? Kini ianya kelihatan yang mana laman web Photovine.com telah pun aktif. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pautan muat-turun untuk aplikasi itu kelihatan, dan mungkin ianya akan dilancarkan tida lama lagi kepada umum.

Secara ringkasnya, melalui Photovine, ianya akan membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan dan pengguna lain melalui idea dan tema yang diekspresikan melalui gambar, sekaligus menambah koleksi gambar-gambar bersama tangkapan oleh rakan-rakan yang lain.

Tambahan lagi, ianya diketahui yang mana ianya turut dibangunkan oleh Slide, yang mana telah diambil-alih oleh Google sebelum ini. Selain Photovine, beberapa aplikasi baru yang berkaitan sosial yang turut dibangunkan oleh mereka termasuk Disco dan juga Pool Party. Mungkin lebih banyak aplikasi yang masih tidak diketahui yang sedang dibangunkan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd