MyIX Mengumumkan Penambahan Lima Nod Internet Tempatan Baru

MyIX Mengumumkan Penambahan Lima Nod Internet Tempatan Baru

Diterbitkan pada July 12, 2011 oleh .

Dalam terus membangunkan infrastrukur internet Malaysia, kini Persatuan Pengendali Internet Malaysia yang mana turut dikenali sebagai MyIX mengumumkan kemaskini rangkaian yang mana memperlihatkan penambahan lima nod baru di Malaysia, sekaligus menjadikan jumlah nod pertukaran internet di Malaysia kepada 8 nod.

Melalui kemaskini ini, MyIX menambah nod internet di lima buat kawasan lagi, iaitu di Bayan Baru, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan juga Kota Kinabalu. Ini sekaligus membawakan penambahan kepada tiga nod sedia ada, iaitu di Lembah Klang, Taman Teknologi Malaysia, dan juga Brickfields.

Melalui penaik-tarafan ini, para penyedia internet di Malaysia kini mempunyai kemudahan yang lebih stabil untuk menguruskan trafik mereka, selain pada masa yang sama lebih efisyen dan menjimatkan kos berbanding sebelumnya. Pada masa yang sama, ianya juga berfungsi lebih pantas, dan membolehkan tawaran internet yang lebih pantas dan stabil kepada para pengguna.


TIPS & ULASAN