Cari @ Amanz

Nokia sering membangunkan pelbagai aplikasi menarik, dan kini mereka memperkenalkan Nokia Live View, yang mana merupakan salah satu pelayar augmentasi realiti, yang mana membawakan cara baru dalam menemui pelbagai tempat dan lokasi disekitar anda, melalui peranti mudah-alih anda.

Melalui Live View, anda boleh mencari pelbagai lokasi menarik, mengikuti kategori dan keperluan, serta pada masa yang sama membaca ulasan mengenai sesuatu tempat, dan juga menetapkan lokasi tersebut pada Ovi Maps, dan terus ke sana dengan mudah.

Buat masa ini, ianya masih pada BetaLabs, dan para pengguna yang berminat boleh mengujinya, dan memberikan maklumbalas berkaitan aplikasi tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd